Sunday, October 26, 2014



Alhamdulillah, Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah  Hafizieamru Bin Mohamad Radzi telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 Juzuk Al Quran pada 16 Oktober 2014. Amru merupakan produk ke 2 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah yang berjaya menamatkan cabaran menghafaz Al Quran dalam tempoh 4 tahun.



Sunday, October 19, 2014



Zulhusni Bin Othman pelajar Tahfiz Ad Diniyyah memperdengarkan hafazan


Ibu bapa serta jemaah Surau Ad Diniyyah turut hadir mendengar.





Alhamdulillah buat julung - julung kalinya Pusat Tahfiz Ad Diniyyah telah menganjurkan Majlis Syahadah Hafazan Al Quran 30 Juzuk pada 27 dan 28 September 2014. Adik Zulhusni Bin Othman Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah telah memperdengarkan bacaan hafazannya dihadapan 3 Orang guru hafiz bersanad selama 2 hari.

Guru Sanad yang mendengar bacaan ialah

1. Ustaz Muhammad Syakirin B. Md Azmi Al Hafiz - Sanad Syeikh Abdun Nabi Riwayat Hafs An A'sim

2. Ustaz Luqmanulhakim Bin Mohamad Alhafiz - Sanad Sheikh Hassan Regab bi riwayat Hafs An A'sim

3. Ustaz Sharifodzamane Bin Zainol Al Hafiz -  Sanad Syeikh Abdun Nabi Riwayat Hafs An A'sim






Hadiah Khas dari Dr Azlina Bachik


Penyampaian Sijil Khatam


Bergambar bersama YB Zaidy Abdul Talib EXCO Kerajaan Negeri Selangor





Wednesday, September 24, 2014



Alhamdulillah buat julung - julung kalinya Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan menganjurkan Majlis Syahadah Hafazan Al Quran 30 Juzuk pada 27 dan 28 September ini. Adik Zulhusni Bi Othman Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan memperdengarkan bacaan hafazannya dihadapan 3 Orang guru hafiz bersanad selama 2 hari.

Guru Sanad yang mendengar bacaan ialah

1. Ustaz Muhammad Syakirin B. Md Azmi Al Hafiz - Sanad Syeikh Abdun Nabi Riwayat Hafs An A'sim

2. Ustaz Luqmanulhakim Bin Mohamad Alhafiz - Sanad Sheikh Hassan Regab bi riwayat Hafs An A'sim

3. Ustaz Sharifodzamane Bin Zainol Al Hafiz -  Sanad Syeikh Abdun Nabi Riwayat Hafs An A'sim

Muslimin dan muslimat dijemput hadir . Hadir berkongsi rahmat dan Syafaat Al Quran.
Boleh bawa air untuk Ruqyah 30 Juzuk Al Quran

Hadir Majlis dengan tenang
Dilarang membawa anak - anak yang boleh mengganggu ketenteraman majlis
Makanan TIDAK disediakan.

Monday, September 22, 2014




PERASMIAN OLEH HAJI ZAINAL ABIDIN BIN DARUDIN
Nazir Masjid Solahiah Sg Tua.




Ruj. Kami: ( JKSAD 13 – 16  /pekeliling 01 / 14)

12 SEPTEMBER 2014

Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 12 SURAU AD DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A TAHUN 2014.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

                                Tarikh                     :               27 SEPTEMBER 2014
                                Hari                         :               SABTU
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
                               
i.              Ucapan Pengerusi Majlis
ii.             Bacaan doa
iii.           Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 12
iv.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
v.             Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
vi.           Penyampaian Cenderahati kepada – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin.
vii.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyurat Agung kali ke 11
viii.        Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2013
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan Kewangan sesi 2013
x.             Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2013
xi.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2013
xii.          Membahaskan usul – usul
xiii.        Ucapan penangguhan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 20 September  2014

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih

Yang Benar

……………………………………….
Setiausaha Surau Ad Diniyyah  



Untuk Sebarang pertanyaan berkaitan Surau Ad Diniyyah dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Sila Hubungi

Pengerusi : 
Haji Zulkifli Wahijan 
019-251-8771

Setiausaha: 
Ustaz Faizal
013-279-1608
www.suraukini.com

Bendahari : 
Haji Sapuan 
013-338-4080

Bendahari Pusat Tahfiz : 
Ahmad Alias 
019-2439495